Friday 16 May 2014


PENDAFTARAN DITUTUP SEMENTARA UNTUK TUJUAN KEMASKINI DATA DAN NO. PLATE TAG. SILA HUBUNGI 013-3036596 @ Whatsapp 012-6708376 untuk sebarang pertanyaan.

NOTE : Mohon maaf, air 100 plus yang sepatutnya kami masukkan kedalam goodies bag tidak dapat kami masukkan ke dalam bag, tapi kami akan hidangkan di booth pada akhir kayuhan nanti. Peserta boleh mendapatkannya secara percuma.

*PENGUMUMAN : 
-Saiz Baju akan diberi keutamaan kepada yang sudah membuat pembayaran.
- Kepada yang sudah mendaftar tetapi belum membuat pembayaran mohon kerjasama anda atau sila maklumkan pengesahan pendaftaran anda samada confirm masuk atau tarik diri supaya tidak berlaku kesulitan dan memberi laluan kepada  yang mahu menyertai.
- Sila maklumkan kepada kami segera sekiranya ada sebarang perubahan.


Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Promosi Felda MTB Jamboree 2014 di akhbar Utusan Malaysia, 20 Ogos 2014.
PENGENALAN

FELDA MTB JAMBOREE (FMJ) merupakan acara basikal gunung atau mountain bike (MTB) berbentuk jamboree dan perlumbaan yang akan diadakan buat julung kali di Malaysia yang memberi fokus kepada lokasi di sekitar tanah rancangan Felda dan direka khas bagi memastikan kepuasan atlet yang gemarkan trek yang lasak dan ekstrim. Peserta turut berpeluang untuk berkayuh di laluan yang menarik dengan pemandangan yang indah serta menghayati keunikan perkampungan dan ladang Felda.

FELDA MTB JAMBOREE membuka peluang khusus kepada anak-anak Felda yang mempunyai minat mendalam dalam sukan berbasikal dan membuktikan bakat dan kehebatan mereka dalam kategori tertutup “Felda”.

FELDA MTB JAMBOREE juga dibuka kepada semua peminat berbasikal bagi kategori terbuka.